top of page

3.4 Falsafah Pendidikan Barat Sebagai Asas Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak wujud secara tiba-tiba tetapi dirancang dengan teliti serta mempunyai acuannya yang tersendiri. Acuan yang digunakan mengambil yang terbaik dari Falsafah Pendidikan Islam dan aliran Falsafah Pendidikan Barat.






3.4.2 ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


Falsafah Pendidikan Perenialisme

Berasaskan pemikiran Plato.

Kebenaran adalah tulen yang bersifat sejagat dan tidak berubah dari dimensi, ruang, masa dan budaya dari satu generasi ke generasi berikutnya.


Tujuan Pendidikan:

- Mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban dan tamadun manusia.

- Sebagai latihan untuk memperkembangkan mental manusia ke arah kebenaran adalah sejagat maka kurikulum adalah sama untuk semua murid.


Fokus Kurikulum:

- Pembangunan pemikiran dan kerohanian menerusi mata pelajaran Kesusateraan, Kemanusiaan, Bahasa, Sejarah dan Matematik.


Peranan Guru:

- Menyampaikan ilmu kepada generasi baru kerana ilmunya tidak boleh dipersoalkan.


Peranan Sekolah:

- Menyediakan generasi muda agar mereka berupaya untuk hidup harmoni dalam masyarakat.


Falsafah Pendidikan Progresivisme

Pendidikan Perenialisme tidak disetujui oleh sebahagian tokoh pendidik seperti Charles Pierce, William James dan John Dewey.

Kanak-kanak membesar dengan caranya tersendiri. Contohnya, keupayaan untuk bertindak sebagai peneroka, penjelajah dan mengadaptasi terhadap persekitaran sosial dan fizikalnya.


Peranan Pendidikan:

- Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk mencorakkan minat dan bakat mengikut persekitaran dan masyarakat.


Fokus Kurikulum:

- Mata pelajaran Sains Sosial dan merentas disiplin.


Peranan Guru:

- Fasilitator / pembimbing yang akan membantu guru dalam aktiviti atau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.


Falsafah Pendidikan Esensialisme

William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed berpendapat pendidikan perlu kembali kepada saranan sebagaimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan perenialisme.


Tujuan Pendidikan:

- Menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat sekian lama.

Ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untuk disampaikan kepada generasi muda.


Fokus Kurikulum:

- Peringkat sekolah rendah: Kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).

- Peringkat sekolah menengah: Mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa, Kesusasteraan dan Ilmu Kemanusiaan.


Peranan Guru:

- Guru sangat penting kerana guru adalah role model dalam bidangnya.


Peranan Sekolah:

- Sebagai tempat murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menjadikan mereka ahli masyarakat yang berguna.


Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme

Dipelopori oleh George Counts dan Harold Rugg.


Tujuan Pendidikan:

- Menyedarkan murid-murid tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku.

- Murid dilatih untuk mengatasi masalah-masalah yang ada agar masalah yang berlku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang.


Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat.


Peranan Guru:

- Membimbing murid agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

- Melatih murid-murid untuk menyelesaikan masalah agar memperoleh kemahiran dalam mengatasi masalah.


Peranan Sekolah:

- Institusi utama dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi dan politik sesuai dengan masyarakat akan datang.

Comments


bottom of page