top of page

3.2 Cabang Falsafah & Persoalan Pendidikan

Falsafah adalah bidang ilmu yang mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi saling berkaitan. Setiap cabang falsafah berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza. Cabang falsafahtersebut ialah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.




Metafizik : Cabang yang membincangkan perkara khusus yang berkaitan dengan persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Cabang ini memerlukan ketajaman fikiran manusia untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang berada di sebalik fizik yang ada.


Epistemologi : Cabang yang membincangkan perkara khusus tentang persoalan ilmu dan pengetahuan dari aspek perolehan, jenis, sumber dan kesahannya. Cabang ini menghuraikan tentang manusia sebagai makhluk berakal yang menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk mentadbir kehidupannya di bumi ini. Pengetahuan ini dilihat dari pelbagai sudut yang mencakupi agama, sains atau falsafah.


Aksiologi : Cabang yang membincangkan secara khusus mengenai persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Etika ialah tatalaku manusia dalam kehidupannya. Ada etika yang didokumenkan yang membentuk peraturan dan undang-undang seperti etika berpakaian dan etika kerja. Estetika pula meletakkan nilai keindahan atau kecantikan terhadap sesuatu yang ditanggap oleh panca indera manusia. Sebagai contoh, mata melihat panorama yang indah dan cantik.


Logik : Cabang yang secara khusus membincangkan tentang persoalan untuk membuat keputusan atau rumusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan. Perbincangan tentang logik membabitkan dua jenis logik iaitu logik induktif dan logik deduktif.




Dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan :


Metafizik : Penekanan terhadap aspek realiti, ketuhanan dan kesejagatan ke arah globalisasi, kemajuan dan kerohanian.


Epistemologi : Merangkumi perolehan pengetahuan, keilmuan dan keterampilan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan manusia. Ini menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan warganeraga Malaysia.


Aksiologi : Menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam pembangunan seseorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu nilai etika dan nilai estelika. Nilai etika ialah niai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam dir individu yang membolenkan pembangunan individu kearah yang lebih maju dan baik. Nilai estetika pula melibatkan kesenian atau kecantikan iaitu individu yang memiliki sahsiah yang seimbang dari segala aspek.


Logik : Bersifat rasional kerana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mampu direalisasikan selagi semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan menjalanjakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.






Comments


bottom of page