Dalam menuju kepada sebuah negara bangsa, kestabilan politik, ekonomi dan pendidikan
amat diperlukan. Maka dengan itu dasar pendidikan yang mantap akan menjadi asas
kepada rujukan berfokus untuk mengelakkan daripada konflik seperti masalah perpaduan
kaum, ketidakpuasan hati antara kaum dan perpecahan. Keadaan ini akan menyumbang
kepada masalah pembangunan, keamanan dan kemajuan sesebuah negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.
コメント