top of page

3.3 Falsafah Pendidikan Islam Sebagai Asas Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Islam merupakan addin yang bersifat menyeluruh, bersepadu, seimbang dan sempurna. Islam tidak terbentuk dari pemikiran manusia tetapi fitrah untuk beragama. Meskipun di dalam al-Quran tiada dinyatakan istilah falsafah tetapi ada disebut tentang hikmah. Dari aspek cabang falsafah lslam, penekanan kepada kepercayaan mengawal pemikiran dan tindakan.




Pada peringkat awalnya, tidak terdapat sebarang bentuk falsafah pendidikan yang seragam untuk digunakan di semua negara-negara Islam. Semua negara Islam menggunakan dan mengamalkan dasar dan sistem pendidikan mengikut apa yang telah ditentukan oleh pemimpin negara masing-masing. Oleh kerana itu ada yang membentuk ideologi yang ekstrim contohnya Iran dan Afganistan, falsafah yang diambil dari barat sebagai contoh, negara Turki dan falsafah yang diadaptasikan dari negara-negara lain seperti negara Malaysia. Sehinggalah pada tahun 1977 apabila Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) sedunia mengadakan satu persidangan khusus untuk membincangkan hala tuju, bentuk, proses dan hasil pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Islam didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam membina falsafah pendidikan di negara-negara yang mengiktiraf negaranya sebagai negara lslam.





Comments


bottom of page